16 Januari 2024, Khamis l Pusat Pembangunan Usahawan dan Kemahiran Perak (PESDC) telah menerima kunjungan hormat daripada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak, YB. Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid, bersama delegasi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), yang diketuai oleh YBrs. Prof. Datoโ Dr. Ahamed Kameel Bin Mydin Meera, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar USAS serta YBrs. Prof Madya Dr. Anas Bin Md. Yusof, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS.
Turut hadir pada kunjungan hormat ini adalah pegawai dan kakitangan Universiti Sultan Azlan Shah.
Kunjungan ini memberi peluang untuk mengeratkan hubungan antara PESDC, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Universiti Sultan Azlan Shah serta membuka ruang bagi membincangkan potensi kerjasama dan inisiatif masa depan.
PESDC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan ini. Semoga ia menjadi platform yang efektif untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara PESDC, Universiti Sultan Azlan Shah dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak.